oh man!!! sangat skema dow... lama tak menulis, nak tulis apa entah...
teringat pulak satu lagu nasyid ni...
"sekian lama,suram dan sepi, kekosongan "
first, skuna ni macam gegul lain jugak,
nak start semester baru nak beg baru, kasut baru, peralatan baru,
dan dan pulak duit ptptn masuk 2 hari sebelum kuliah..
ahaaaa..suka suka suka...
maka kami kami sekelas bertekad ke luar negeri bersama-sama..
dah macam rombongan sekolah pulak,
pergi reramai naik keretaapi...ramai gila pulak tu,
al-maklumla kami pergi hari ahad...
kota Alor Star
first sekali bila samapai city plaza tu, ai ai ai,
krok krek krok krek bunyi perut lapar..
maka kami pun decide untuk tibai nasi dulu seround..gigigigigi
lepas makan destinasi pertama untuk menyelesaikan misi iaitu
bershopping menghabiskan baucer buku... 2jam pusing popular...
dan hasilnya terbelilah barang barang mainan yang amat skuna suka..
orang lain sibuk cari buku,novel,komik,buku resepi,alat tulis..
dan skuna? ada ku kisah... ini dunia skuna... jak dari dulu skuna suka
something like this...hohohoho...tambah tambah pulak, dia tulis sekarang
ni benda ni tengah diskaun..lagi lagi lagi la rasa teruja nak beli...
dan yang paling sadis dan tragis sekali adalah masa nak balik.
jam 430 petang, kembali lah kami ke stesen ktm...
ke kaunterla diri ini untuk membeli tiket..
abang guard kat situ pun cakap, tiket habis..
*buat muka sedih, tak dapat bayang*
pujuk diri, mungkin dia tipu... tanya lagi lagi dan lagi..
dan memang betul lagi sahih tiket habis...
takpela, tunggu kot kot ada rezeki jap lagi...wiwiwi
dan hinggalah keretaapi bergerak..
dan tinggallah kami di stesen ktm..
meratap meraung hanya destinasi ke shahab perdana,
akan tetapi taktau arah tuju, tiada teksi pulak tu..
dugaan dugaan dugaan,
kaki sakit,penat, lenguh...
tunggu tunggu dan tunggu..
pukul 6 sampai shahab perdana,
yessss...ada bas Alor star --> Kangar..
tergirang seketika.. tanya kaunter, gerak jap lagi..
bangga je sebab da ada penemuan jalan balik..hiiii
bila bas bergerak, dengan bangga, nak turun Arau..
"maaf dik, adik salah naik bas, bas ni terus ke kangar"
oh my GOd... dugaan lagi.. rupa-rupanya bas yang lalu
Arau tu MaraLiner dan kami sedang naik CityLiner...
ok, take note la lepas ni.. tapi ada lagi ke??harapnya tiada lagi~
sampai kat kangar, pukul 7 lebih.. berlari-lari ke surau,
nasib baik sempat solat asar...huhuhuhu
lepas tu isi perut dan beli barang dapur sikit dan balik..
dalam pukul 10 sampai rumah, mandi dan kroh kroh kroh...
nasib baik 4/3 bersamaan isnin itu kelas jam 430 petang..
kelas pun 15minit jer... lecture kenal nama dan acah-acah sikit..
berakhirla hari pertama kuliah di semester baru..
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
No comments:
Post a Comment