Pages

Sunday, 15 July 2012

Gegul dan Boboyot


Lalalala.. ini adalah quote- quote glamour lagi femes kat facebook pasal gegul vs boboyot,

Jemput-jemput tengok yaaa!!!


.....................................................................................................................................

Saturday, 7 July 2012

"Immatured"kah??

~@#$%^&*~

tak tau lah nak nangis ke nak gelak guling-guling nih...hakhukhik

tapi disebabkan orang yang boleh menggetarkan hati ini lah selalu cakap skuna tak mature,

adanya entri nih..

sebenar-benar tanpa tipu sedikit pun,

skuna tak paham apa erti matang yang sebenarnya?

perangai kebudak-budakkan kah?

 fizikal skuna inikah?

ahahaha.gelak sesorang.

mungkin sebab skuna suka tanya pendapat awak kah?

tapi skuna tanya semua orang je,

orang lain tak cakap pun skuna tak matured...

sebab kan,walau skuna tanya pun,

skuna tetap akan buat keputusan sendiri,

bertanya tu untuk menambahkan pengetahuan skuna je,

disamping tambah pengetahuan,

skuna mahu yang terbaik untuk diri ini..


"terkapai-kapai ku dalam kelemasan
sakit dilambung ombak kerinduan
didalam tidur didalam jaga
diburu oleh mimpi yang serupa
mengapa aku jadi tidak menentu keranamu"

ber"sudirman" ler kejap...ekeke 


atau adakah ini yang awak maksudkan?

funny kah skuna ini?




aharks...smiley



Thursday, 5 July 2012

Apa Perlu Buat Bila Sakit Hati??


masa skola skola

masa skola rendah dulu tak paham sangat rasa sakit hati ni
perasaan masa tu rasa nak main je
kalau parents tak kasi,
marah dan tak makan lah seharian (buruk punya perangai)

masa skola menengah tu barulah dikurniakan rasa sakit hati sepenuhnya
(mainan perasaan je sebenarnya bagi skuna, pendapat orang lain taktahu)

 time tu duduk hostel
tiap kali nak pergi hostel mesti dapat pesanan
"belajar rajin-rajin, kawan elok-elok" (miss dat time seriously) 
kalau cakap pasal kerinduan tu memang takkan pernah habis nih..
bila skuna dah pandai sakit hati ni,
nak buat reaksi macam mana yer?
buat muka kang takde orang nak kawan pulak...heeee
 apa yang suka buat?
1. lukis kat kertas ore lidi... bagi nama kat orang tu berdasarkan situasi, contohnya kalau dia patahkan pembaris skuna, skuna bagi nama cik pembaris.haaaaa... den, tulis apa yang sakit hati dengan dia, tulis tulis dan tulis sampai dah tenang, pastu koyak-koyak sampai halus sehalus-halusnya dan buang~
2. buat origami.. macam pandai sangat je buat origami.. skuna pandai buat origami bintang, kapal,bakul dan kapal terbang je, kebiasaannya buat bintang lah,dulu pernah nak belajar buat burung, love dan banyak lagi tapi tak tercapai gak sampai sekarang, itulah jadinya bila keinginan hadir tanpa usaha..wahaha

tu jelah rasanya, sebab sakit hati masa tu baru keanak-anakkan...kih3

masa unibersiti unibersiti

kat unibersiti ni pulak lain dengan skola
pergaulan, undang-undang, pakaian, lain lah semua
rasa sakit hati pun dah semakin subur dalam diri(ngokngek je ayat) 
sakit hati punya level pun dah up lah...hik3
apa skuna suka buat?
tunjuk muka, memang tidaklah....
1.zaman dah berubah, bila masuk unibersiti, dah canggih ah sikit.. skuna ada laptop.. teruja giler mula-mula dapat laptop.. ecece.. yang skuna pandai guna paint jelah.. apa yang skuna buat guna paint untuk hilangkan rasa sakit hati?haaaaa.. skuna akan ambik gambar orang itu dan conteng. pastu padam, conteng, padam dan seterusnya dan berhenti bila hati dah tenang setenang air di laut..
2.pabila level dah up ni, kalau first tu tak dapat menolong jugak, skuna akan baring atas katil skuna yang cadarnya memang pink(sebab skuna memang akan beli cadar pink je) sambil berselimut lingkup(kalau sekali tengok macam mayat dah) dan paksa mata untuk tidurrrr....zzzzzz... bangun bangun lupa benda yang dah terjadi...
3. kalau tak berjaya gak nak tidurrrr? skuna akan bangun dulu dan mandi lama-lama, buat macam orang  tak nak guna bilik mandi jer..haaaaa... tak kiralah empat kali sabun, dua kali syampoo sekali pun, asal dapat sejukkan hati yang tengah HOT..ekekeke

* tu saja skuna lakukan bila sakit hati,
sakit hati adalah antara diri skuna dan skuna sahaja,
always beri senyuman dekat orang sekeliling..peace
talking to someone?
kadang-kadang impak positif, kadang kadang negatif, 
think before you talk!! *

Whatchuwant? Pick a Pack, Pick a Prize!

bai bai bai, eh...hai hai hai..
jojom dengar ni dulu.. dah selalu sangat dengar kat tv... lama-lama terasa bebes pulak....



"whatchuwant? 
pick pick a pack, 
pick pick a prize,
whatchuwant want,
whatchuwant?
you can get it back"

dah?dah?
ini iklan celcom lar..heeee
actually, entri ni nak remind diri skuna ni,

0148212941 (xpax)
0139414491 (xpax)
014529XXXX (upax)
0139132760 (x2)
019510XXXX (x2)

dah 5 nombor celcom skuna punya..hek3
tapi sekarang tinggal dua jerk...
***bubai***

Wednesday, 4 July 2012

Segalanya Bihun dan Mihun

bihun dan mihun?apa beza erk?
skuna pun takda tau..haaaa
tapi ada sesetengah orang panggil bihun, ada jugak panggil mihun
whatever lah... skuna panggil bihun...
bihun.bihun.bihun

jom tumis-tumis dulu...
selang beberapa minit, siappppp..


baru nak mula stori ni,
budak 21 tahun masak bihun..wink3
alkisahnya, sejak masuk degree ni, 
skuna kawan dengan orang-orang yang takleh miss breakfast,
dalam diet pun, memang kena ambil breakfast ni...
mula-mula tak biasa..
lama-lama dah jadi rutin dah, tak breakfast,
menyanyi-nyanyi lah perut skuna dalam kelas..
macam-macam irama, macam-macam rentak.

skuna mula breakfast kat rumah masa semester 3,
memang semester 3 lah baru duk rumah sewa pun..kih3
semester 3 hari-hari roti,
tak kiralah kaya ke jem ke sosej ke...
semester 4 pulak bihun goreng plak...
semester 5 belum fikir lagi...hiiiiiii

tea-Time ala-ala Barat

"Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta"

~lalalalalala~
sebenarnya skuna ni sudah lama lama sudah tak minum petang,
alih-alih semalam masa shopping2 barang dapur,
terasa nak makan french fries lah, sosej lah..
dan tea-time untuk hari ini

taraaa....
tak jelas yer.jap erk!!

taraaa..taraaa..taraaa
kenapa ada tiga garfu?
sebab dah menjadi kebiasaan skuna makan bersama dua orang delicious girlfriends.
kalau tak makan dengan diaorang,
memang tak lalu lah...heeeeee

skuna dan delicious girlfriends

lain hari, lain masa pulak cerita pasal skuna punya delicious girlfriends ni..
love kamoo dua orang.... 
~bai bai dulu untuk kali ini~ 

Tuesday, 3 July 2012

kempunan MAMee

tengok tajuk entri mesti da dapat agak kan...heeeee
sebenar-sebenarnya memang da lama da makan mamee ni,
beli mamee ni pun masa awal sem ritu lagi
sekarang dah study week, so dah dalam 4bulan jugaklah kan
emmmmm...membazir tak kalau tak makan kan...
bangun pagi-pagi rasa tekak ni nak makan mamee sangat-sangat
 takkan lah skuna nak breakfast makan mamee...aish.. tapi tak tahan ni(monolog hati)

kalau tak makan, tak leh nak fokus studi ni...heeeee
taktahan.taktahan.taktahan.taktahan. nak jugak makan mameee(hati memberontak)
DAN MAMEE PUN JADI HIDANGAN SARAPAN PAGI....

mamee ayam kegemaranku

haaaa... ni lah dia... mamee ayam yang lebih menjadi kegemaran skuna berbanding mamee kari ke alam laksa ke dan macam-macam lagi yang telah timbul masa kini, ada skuna kisah?? yang ni je skuna paling like...heeeee...

senang dimasak
sesimple ABC je skuna makan mamee... tak payah susah-susah habiskan gas kat rumah pun...heeee

lima minit kemudian
heeee... sekejap je skuna habiskan, tak sampai lima minit pun, dah macam orang tak makan seminggu pulak rasanya... da setel lepaskan kempuan, its time to study.. ohoi, subjek NETWORK AND SYSTEM ADMINISTRATOR... 
~im coming~

Monday, 2 July 2012

MAI SUPER DUPER LOVE

SUPER DUPER LOVE SKUNA???
~jeng jeng jeng~

hari ini bersamaan tiga julai dua ribu dua belas,
umur skuna bersamaan 20 tahun, lapan bulan, 3 minggu, 4 hari
dan kami telah bersahabat heart by heart selama 3 tahun, 8 bulan, 2 minggu dan 1 hari.

sepanjang 3 tahun, 8 bulan, 2 minggu dan 1 hari,
sudah tentu banyak halangan yang kami lalui bersama,
taknaklah dikenang yang pahit-pahit,
alhamdulillah, kami masih bersama(",)

p/s: dah setahun 2bulan kot tak jumpa, really miss him... only u in my heart... ONLY YOU...



BUKU AMALAN BARU

assalamualaikum.. haaaa... skuna dapat meseg ini... tu yang rasa excited sikit nak update blog yang da berkulat, bersarang, beranai-anai and bermacam-macam lagi nih....

meseg dari nikki nabila









::Meseg ni memberitahu, mengingatkan skuna akan "nisfu syaaban"... nisfu dalam bahasa arab, bila dimelayukan, maksudnya adalah pertengahan.. yakni bermakna nisfu syaaban adalah pertengahan bulan syaaban yang mana pada tarikh inilah buku amalan kita untuk satu tahun diangkat ke langit pada 14Syaaban(sebelum maghrib) dan digantikan dengan buku amalan baru(waktu maghrib 15Syaaban) untuk dicatatkan segala urusan dunia kita untuk tahun yang berikutnya...

Yang kat bawah ni adalah kopi dan pasta untuk santapan rohani kita... renung-renungkan dan selamat beramal....

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, jumaat malam) Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, jumaat malam)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik.
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya (Jumaat)
Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

::tatatittutu::